Peristiwa kem shatila menbuat semua orang islam di dunia begitu sedih dengan bangsa menyatakan mereka yang berkuasa di dunia ini…bangsa yang dilaknat oleh allah.
Beratus-ratus umat islam terbunuh di dalam tragedi yang menyayat hati.17 september mengingatkan kita akan tragedi yang menbunuh manusia tanpa belas kasihan, anak-anak kecil menjadi mangsa kekejaman bangsa yang sombong dan kejam…
Derita kekejaman masih terasa hingga masa kini, yang selamat dari kejadian , menangisi orang tersayang yang terkorban dalam pembunuhan ini. Kekejaman ini tidak hanya sampai situ sahaja , anak-anak kecil, ibu-ibu dan bapa-bapa terpaksa menerima kekejaman itu hingga saat ini. Sampai bila mereka akan terlepas dari kekejaman yang dilakukan orang yang mementingkan kuasa tanpa memikirkan penderitaan orang lain. Ya allah lindungilah mereka dari kekejaman.
Mengapa mereka harus menerima penderitaan ini? Kita sebagai manusia yang berada di Negara yang aman dan damai haruslah bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh allah.
Tetapi mereka tetap tidak bersyukur , kerana sanggup melakukan maksiat, berjudi , dan aktiviti yang tidak bermoral dari pandangan agama islam. Hakikatnya kita sebagai umat islam hendaklah menolong umat islam yang didalam kesusahan dan penderitaan.
Terasa hati ini hiba apabila mendengar berita tentang pembunuhan anak-anak kecil yang tidak berdosa dan orang-orang tua . Bagaikan sudah menjadi satu kebiasaan mendengar bunyi letupan dan tembakan setiap hari dengan tanpa rasa ketakutan . Zionis bersenjatakan senjata yang canggih manakala umat islam hanyalah bersenjatakan batu . amat memilukan…………..
Kita sebagai umat islam haruslah menentang peperangan di dunia ini tanpa mengira agama dan bangsa. Tanpa peperangan aman hidup manusia di dunia ini .
Tetapi para pemimpin yang tamakkan kuasa tidak berfikir sebegitu , yang penting bagi mereka kuasa yang penting. Tanpa memikirkan nasib manusia yang malang , mereka sanggup melancarkan peperangan. Mereka mengebom pada tempat yang ramai pendudukan demi menunjukan kuasa mereka terhadap dunia. Kekejaman yang tidak dapat dimaafkan oleh dunia.
No comments:
Post a Comment