Monday, July 14, 2008

DI AKHIR CERITA

Kadang-kadang hidup bagaikan sudah dirancang , yang mana kita tidak tahu akhir cerita dan permulaanya. Bagaikan tiada ada sesuatu yang menyembunyikan hakikat bahawa tidak ada orang yang setia di dunia ini. Bagaikan satu pementasan drama apa yang kita lihat dalam kehidupan kita dan orang lain. Bagaikan drama yang mana di depan kita mereka berpura-pura menunjukan kebaikan , sedangkan tiada sesiapa yang mengetahui apa-apa yang mereka mahu lakukan di sebalik kita. Mungkin sudah lumrah manusia menbuat tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka bagaikan tidak dapat menbezakan haram dan halal. Sedangkan mereka sudah diberi ajaran agama yang sempurna oleh ibu bapa mereka sejak dilahirkan. Mengapa apabila sudah besar mereka bagaikan sudah lupa ajaran yang diberi oleh ibu bapa mereka. Adakah ini dinamakan manusia atau……? Fikir-fikirlah…

Apabila melihat mereka menbuat apa yang tidak sepatutnya mereka buat , bagaikan diri ini yang merasa terhina dengan perbuatan mereka? Kadang-kadang menbuatkan diri ini terfikir mungkin mereka tidak sama dengan apa apa yang difikirkan oleh manusia yang sempurna dari segi akhlak, moral dan pegangan agamanya yang teguh.

Bagaikan tiada apa yang dirasa oleh hati apabila ia terjadi kepada manusia yang mengakui dirinya begitu sempurna… dan ia menbuatkan hati ini terus berkata-kata bahawa kesempurnaan tidak bermakna jika hati dan imannya tidak kuat.

Bagaikan ditimpa musibah yang besar apabila mengetahui bangsa dan agama diperkotak katik oleh golongan yang begitu sempurna dimata masyarakat dan terus berpura-pura dengan kebaikan mereka.




Kadang-kadang menbuatkan kita terfikir , mengapa mereka sanggup melakukannya, sedang kita sudah buat apa yang terbaik untuk diri kita dan mereka. Mereka tidak pernah memahami apa yang kita fahami.

No comments: